1. Dalam
surah Ali Imran [Keluarga Imran](3:31), Allah SWT berfirman yang
berbunyi: “Katakanlah (wahai Muhammad), jikalau engkau semua mencintai
Allah, maka ikutilah aku, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta
Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi
Penyayang.”
2. Disayangi/dicintai?. Alangkah bahagianya hidup ini jika kita disayangi/dicintai orang. Disayangi
ibu bapa, adik beradik, kawan taulan ataupun bos pejabat. Gembira tidak
terkata lagi kita. Tapi tahukah kita bahawa kemuncak kegembiraan itu
ialah apabila kita disayangi oleh Allah SWT, pencipta alam serta segala
isi di dalamnya termasuk semua manusia. Inilah bahagia hakiki dan abadi
untuk kita, memperolehi cinta Allah. Dengan memperolehinya, in sha
Allah kehidupan kita di dunia dan akhirat pastinya bahagia.
3. Apakah
tanda-tanda Allah sayang/cinta kepada kita?. Pastinya ia sesuatu yang
perlu dicari dalam hidup ini dan beramal dengannya. Antara tanda-tanda
itu ialah:
3.1. ALLAH FAHAMKAN KITA AKAN AGAMANYA
3.1.1.
Dalam surah Al-Mujadilah[Wanita Yang Bersoal jawab] (58:11), Allah
berfirman yang berbunyi:“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta
kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain)
maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala
halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,
supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu,
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)
- beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang kamu lakukan”.
3.1.2.
Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah mencintai
seseorang maka Dia membuatnya faham mengenai agamanya.”(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim).
3.1.3. Faham
kepada agama itu tidak akan datang menggolek. Kita perlu berusaha
belajar dan mencari perkara agama. Pasti Allah akan fahamkan kita kepada
agamanya seperti firmanNya itu. Justeru, semasa masih hidup ini
berusahalah kita untuk mencari ilmu agama agar boleh menjadi orang yang
beriman dan bertaqwa.
3.2. MEMILIKI SIFAT CINTA MENCINTAI KERANA ALLAH
3.2.1. Allah
SWT berfirman; “Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang
cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan
saling memberi kerana Aku.” [Hadis Qudsi].
Cinta
yang tertinggi dan paling mulia ialah cinta kepada Allah SWT diikuti
dengan cinta kepada Rasulullah SAW, ibu bapa dan barulah manusia-manusia
lain. Jangan jadikan diri kita orang yang cintakan manusia lain kerana
nafsu syahwat, harta-benda dan keduniaan semata-mata.
3.3. SENTIASA BERZIKIR PADA ALLAH
3.3.1. Diriwayatkan
bahawa Nabi Musa pernah berkata; “Wahai Rabb Ku Yang Maha Mulia,
Bagaimana aku dapat membezakan antara orang yang engkau cintai dengan
orang yang engkau?”. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai Musa,
Sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan
dua tanda kepadanya”. Nabi Musa bertanya lagi;“Wahai Rabb, apa kedua
tanda itu?”. Allah SWT menjawab dengan firmanNya: “Aku akan
mengilhamkannya agar dia berzikir kepadaKu, agar Aku dapat menyebutnya
di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murkaKu, agar dia
tidak terjerumus dalam azab dan siksaKu.”
3.3.2. Begitulah besarnya fadhilat zikir. Perkara yang sangat mudah untuk dilafazkan tetapi tersangat besar kelebihan dan kebaikannya. Namun kerana dorongan iblis ia menjadikan kita leka dan malas untuk berzikir kepada Allah.
3.4. SABAR DAN REDHA DENGAN UJIAN-UJIAN ALLAH
3.4.1. Dalam surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:155),
Allah
SWT berfirman yang berbunyi: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa
serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar”. (2:156)
“(Iaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali." (2:157)
“Mereka
itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari
Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat
petunjuk hidayahNya”.
3.4.2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
(i) “Sesungguhnya
besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika
Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang
redha (terhadapnya) maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang marah
(terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan
Ibnu Majah).
(ii) “Kalau
Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan
hukumannya di dunia, kalau mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka
ditahan (siksanya) kerana dosanya sampai penuh nanti di hari
kiamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
3.4.3. Oleh itu jika kita diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian maka brsabarlah. Kerana ia adalah salah satu tanda sayang Allah kepada kita. Bersabar adalah sebaik-baik penyelesaian.
3.4.4. Iangatlah sesungguhnya golongan manusia yang sangat hebat dan berat ujian Allah ialah para nabi dan rasul. Ini kerana Allah mahu meninggikan derjat mereka dan supaya kita mampu mencontohi mereka.
3.5. MENGAKHIRI HIDUP DENGAN HUSNUL KHATIMAH
3.5.1.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Jika Allah mencintai seorang
hamba, Dia akan memaniskannya.”Sahabat bertanya: “Apakah itu
memaniskannya,ya Rasulullah?”
Rasulullah
menjawab;“Dia akan memberinya petunjuk untuk melakukan kebaikan ketika
menjelang ajalnya, sehingga tetangga akan meredhainya (atau ia berkata)
orang sekelilingnya.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
3.5.2. Bagaimana
cara mengakhiri kehidupan dengan husnul khatimah. Melaksanakan segala
perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Merealisasikan perintah Allah, "amal makruf, nahi mungkar" dalam hidup kita.
4. Sesungguhnya
kehidupan kita di dunia ini sementara sahaja. Selain dari itu ia
sangatlah sekejap. Paling lama pun 70 atau 80 tahun. Justeru
berlumba-lumbalah kita untuk berusaha dan beramal seperti dinyatakan
atas agar kita menjadi hamba Allah yang di cintai dan di sayanginya. Ia
hanyalah sebahagian kecil tip yang dapat saya kongsikan. Ingatlah
bahawa kita tidak boleh masuk syurga kerana solat kita, puasa kita, haji
kita, sedekah kita atau sebagainya. Kita hanya boleh masuk syurga
kerana rahmat dari Allah SWT. Bagaimana memperolehi rahmat
Allah?. Salah satu caranya ialah beramal dengan perkara-perkara yang
disayangi dan dicintai Allah.
“Hidup
ini tumpang menumpang... disitulah lahirnya syukur kita kepada Allah.
Pada sepinggan nasi yang kita makan, disitu ada nasi yang diusahakan
oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara
oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan
sepinggan nasi kepada kita..alangkah kerdilnya kita dibumi Allah
SWT...maka siapalah kita untuk menolak agama Allah...?”
No comments:
Post a Comment